Terma Dan Syarat-Syarat
-
- Barang yang telah dibeli tidak boleh di kembalikan
- Pihak penjual tidak bertanggungjawab terhadap kerosakan barangan akibat oleh kecuaian individu mengendalikannya.
- Ini adalah persediaan tradisional, keberkesanan produk telah terbukti tetapi ia bergantung kepada respons setiap individu. sekiranya penyakit berlarutan, sila dapatkan rawatan yang berkaitan.
- Barang yang dihantar kebiasaannya akan diterima dalam masa 1-3 hari bekerja menggunakan perkhidmatan Pos Laju.
- Jika barang yang diterima rosak, sila maklumkan melalui email dalam masa 3 hari daripada tarikh penerimaan barang, jika tidak, sebarang tuntutan tidak akan dilayan. Bagi barang yang tidak dituntut oleh pembeli dan disimpan lama di pejabat pos, kemungkinan besar barang tersebut akan mengalami kerosakan, jadi pihak kami tidak harus dipersalahkan atau dipertanggungjawabkan diatas kerosakan yang berlaku kerana ia diluar bidang kuasa kami.
- Kami memberi jaminan yang barang akan sampai ke alamat yang diberi tetapi Tertakluk pada terma dan syarat No 10.
- Segala kesulitan yang akan berlaku amatlah dikesali tetapi pihak kami akan cuba mengatasi sebaik yang mungkin.
- Kami memberi jaminan yang produk kami adalah yang tulin dari pembekal dan jika didapati produk kami adalah tiruan kami akan membayar gantirugi kepada anda sebanyak 3 kali ganda dari harga yang anda beli.
- Bagi yang menggunakan paypal untuk membuat bayaran, jika ada baki wang kurang dari RM10.00, maka kedaiherba tidak akan memulangkan bakinya terutamanya bagi pelanggan luar Negara.
- Jika barang yang dihantar kepada pelanggan dikembalikan kembali kepada kedaiherba disebabkan pelanggan tidak mengambilnya di pejabat pos ( Pelanggan tiada dirumah sewaktu posmen membuat penghantaran, maka pelanggan kena mengambil barang di pejabat pos ), maka barang itu dianggap LUPUS . Kecuali disebabkan oleh masalah atau mengikut budibicara pihak kami. Kebiasaannya pihak Pos akan simpan bungkusan selama 14 hari.
- Apabila dianggap LUPUS maka kedaiherba boleh membuat apa sahaja ke atas barang tersebut samaada mahu menjualnya semula atau pun mengikut budibicara kedaiherba.
- Saya berharap sila beri alamat yang ada orang untuk sain penerimaan barang kerana setiap barang yang dihantar perlu sain penerimaan barang. Jika pelanggan mahu menukar alamat pun boleh sms saya sahaja.
- Bagi Universiti, Institut dan Kolej sila guna Pos Laju untuk membuat penghantaran, jika guna Surface Parcel pihak kami tak hantar.
- Terma dan syarat-syarat sentiasa berubah-ubah mengikut budibicara pihak kedaiherba.com tanpa memberi notis terlebih dahulu. Dengan membeli barang di kedaiherba maka anda bersetuju dan paham dengan segala terma dan syarat yang ditetapkan.
Terma & Syarat







