Info: Your browser does not accept cookies. To put products into your cart and purchase them you need to enable cookies.
N.Plus Urine BoxNaturalle Cod Liver Oil
 View Full-Size Image
|
Naqia Air Musoffa Zafaran
|
Price per Unit (piece):
RM 10.00
|
|
| Ask a question about this product |
NAQIA AIR MUSOFFA ZA'FARAN
Mengandungi 500ml. Air Musoffa adalah gabungan istimewa larutan daripada pernulisan ayat-ayat Al-Quran serta doa-doa pilihan dengan menggunakan Za'faran sebagai dakwat yang ditulis dalam pinggan putih serta pena penulisan daripada ranting kayu. Air ini dihasilkan melalui kaedah tradisi para ulama yang mementingkan kehalusan dan kesucian adab pembuatan, penuh ketelitian bagi menghasilkan sumber keberkatan. Dengan kemahiran menulis bahasa Arab, disertai hati dan fikiran yang penuh tumpuan dan khusyuk serta tahap kesabaran menulis yang tinggi. Kaedah ini diyakini menjadi senjata paling ampuh untuk ikhtiar pelbagai hajat serta penawar sebarang jenis penyakit zahir dan batin. Ianya mempunyai kemujaraban yang unggul dan terbukti berkesan asalkan setiap penggunaannya diniatkan dengan penuh keyakinan.
Kandungan Air Musoffa
- Tulisan Bismillahirahmanirrahim 786 kali - Surah Yassin - Ayat Qursi - Surah Al-Fatihah - Pelbagai doa - Doa Mustajab angin Ahmar - Ayat Syifa' dari surah-surah pilihan - Bahan dakwat daripada Za'faran yang bermutu tinggi - Air tapisan berkualiti tinggi dan campuran air zam-zam
Khasiat Air Musoffa
- Sebagai penyembuhan penyakit zahir batin - Mencerdaskan minda, ingatan dan hafalan - Sebagai minuman berkat penjagaan kesihatan - Sebagai pendinding diri daripada gangguan manusia zalim, jin dan syaitan - Sebagai penyucian rohani dari sifat mazmumah - Sebagai pemulih hati atau fikiran yang tertekan - Keselamatan bagi harta benda dan pencarian rezeki - Memberi ketenangan jiwa dan kekuatan diri - Sebagai selusuh samada selusuh tulang atau selusuh bersalin - Pendinding daripada sebarang penyakit menular - Lain-lain hajat mengikut niat
|
|
|
|
Customer Reviews:
There are yet no reviews for this product. Please log in to write a review. |
|
|